KESIHATAN YANG BAIK DAN CEMERLANG

ImageSubhanallah! Cantik betul ya pemandangan gambar yang tertera di atas. Semestinya setiap kali dapat bangun tidur setiap pagi, kita akan mengucapkan alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah swt. Ini kerana kita berpeluang sekali lagi melihat dunia yang penuh keindahan dan cabaran dalam hidup yang perlu kita tempuhi. Peluang-peluang yang diberikan ini semestinya kita nikmati. 

Lebih-lebih lagi ya kalau kita dapat diberikan kesihatan yang baik. Ramai juga orang yang diberikan oleh Allah swt peluang untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan cemerlang. Kalau bagi saya, kesihatan yang baik dapat kita melakukan banyak ibadah dalam hidup kita tanpa sebarang batasan dan cabaran. Ini tidak sama seperti orang yang Allah bagi hidup sesudah mati. Mereka ini lebih menghargai nyawa yang mereka punyai selepas diberikan peluang kedua dalam hidup mereka.

Oleh itu hargailah kesihatan kita. Jika kita perlukan rawatan berubatlah dan berusahalah untuk kesejahteraan hidup kita dan keluarga kita.

Peluang ke dua itu tidak semua orang akan mendapatkannya!

Advertisements

SERONOKNYA TIDAK TERKIRA!

Image

Wah, seronok betul bila pertama kali dapat menulis dan mencurahkan segalanya dalam blog ini!..sebenarnya aku sememangnya selalu meniunggu peluang ke dua diberikan kepadaku. Apa-apa pun jika dapat peluang kedua memang berharap sangat. Ini kerana peluang kedua selalunya dapat memperbaiki diri kita daripada kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan kali pertama. Maka oleh sebab itulah blog ini aku namakan peluang kedua.

Hidup kita ini umpama rakaman gambar yang akan menjadi memori untuk kita. Memori tersebutlah selalunya yang akan kekal dan kita akan sentiasa mengingati setiap yang manis dan pahit. Pengalaman yang dirakamkan dalam gambar sekeping kertas maupun dalam ingatan atau memori kita akan cuba untuk mengulangi atau memperbaiki atau menghapuskannya terus dalam ingatan kita. Jika kita bernasib baik kita akan diberi peluang kedua untuk memperbaiki dan meningkatkankan lagi. Maka oleh itu, ambillah peluang ke dua yang diberikan kepada kita dalam apa pun jua yang kita lakukan. Cubalah!

Sekian terima kasih!